Zaman Bakery

Zaman Bakery

Friday 16 March 2012

Sejarah Kewujudan Zaman Bakery

    Pada mulanya,seorang pengusaha Cina telah melaksanakan perniagaan ini.Pengusaha tersebut juga menjalankan perniagaan membuat roti.Pada tahun 1959,Abdul Rauff iaitu datuk saya telah mengambil alih perniagaan ini.Perniagaan ini dijalankan dengan modal persendirian.Modal yang digunakan pada mulanya adalah Rm 4000 untuk mengambil alih perniagaan.Tetapi,bangunan hanyalah disewa.Perniagaan ini semakin lama semakin berkembang.Perniagaan ini dijalankan di kawasan kampung berhampiran kawansan Trong.Beberapa orang penjual roti akan menjual roti-roti ini di kawasan kampung  dengan menaiki basikal pada mulanya.Zaman semakin maju,penjual roti telah mula menaiki motosikal untuk menjual roti.Keistimewaan roti di  sini adalah rasanya amat sedap dan juga sangat lembut.Ianya pasti akan membuat pemakannya terpikat dengan keenakannya.Ia juga  dibuat dengan menggunakan tangan dan bukannya dibuat sepenuhnya menggunakan mesin seperti  yang dilakukan di kebanyakan kedai roti.Oleh itu,rasanya amat berbeza dan asli.Selain itu,biskut yang dihasilkan di sini juga adalah unik.Ini kerana resepinya dikekalkan sejak dahulu lagi.Biskut ini amatlah popular dan digelar ‘biskut lutut’ kerana bentuknya yang hamper serupa dengan lutut.Biskut ini sungguh murah dan juga sedap.Pelbagai jenis roti ada dijual disini.Antaranya adalah : Roti Kaya,Roti Pandan,Roti Coklat,Roti Kacang,Roti Kelapa,Roti Lenga,Roti Manis dan juga Roti Potong.Setakat ini dululah,,Assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment